Sunday, April 1, 2012

CORETANKUH....

Inilah pengenalan hidupku,
Diriku ini adakalanya pasang adakalanya surut
Puas sudah aku dilenakan,
Dengan kata-kata manis.
Namun itu hanya kata-kata ukiran bibir,
Yang mengheret aku ke lurah kehampaan...


Sekarang baru aku sedar orang yang amat aku percayai,
Rupanya kaca yang diselubungi lumpur,
Bukannya permata yang berharga...


Ini juga telah mencelikkan ku,
Bahawa kehadiran mereka itu,
Bagai pelangi petang saja...


Dalam membawa kepahitan hidup,
Langkah demi langkah..
Barulah ku temui kumbang jati yang menyayangi diriku.
Dialah yang menyinarkan sinar yang ku harapkan..


Walaupun hatiku telah gembira,
Namun sejak kemunculan February,
Semua kenangan bangkit dan gelodak hatiku meredah,
Bagai gelombang ombak yang menghempas pantai...


Aku terpaksa membiarkannya kerana aku,
Tak mahu menghalangi takdir..
Aku juga tidak gentar dengan segala cabaran,
Kerana aku takut perjuangan hidupku tiada penghujung jalannya.........

No comments:

Post a Comment